Internet. Kalau disebut perkataan in sekarang, rasanya semua orang tahu tentangnya termasuk Pakcik, makcik di kampung. Paling kurang pun mereka tahu ia ada kaitan dengan komputer.
Dari pembacaan aku internet mula dikenali dan membangun sekitar tahun 1990-an. Rasanya pada masa tu aku berada pada tingkatan 4. Aku agak “jakun” dengan benda yang dinamakan komputer nie kerana aku tak pernah tahu langsung pasal komputer.
Selepas SRP aku diterima masuk ke Asrama Felda dan bermulalah dunia aku terbuka. Di Asrama ada makmal komputer dan di situlah aku mengenali komputer. Rasanya pertama kali aku hidupkan komputer rasa teruja sangat. Tapi ketika tu komputer bukan macam yang ade sekarang nie. Nak hidupkan kene pada floopy disk dan menggunakan MS-DOS lagi.. Tapi tak banyak yang aku belajar mengenai komputer ketika itu. Hanya sekadar tahu nak hidupkan, main game, guna “wordstar”.. tu saje rasanya.
Empat tahun kemudian aku menjejakkan kaki ke negeri Matahari Terbit (Jepun) untuk melanjutkan pelajaran dalan bidang electronic. Pada tahun 1996 internet mula dikenali di jepun, Aku pernah membeli komputer compaq dan menyambungkan internet menggunakan dial-up ketika di sana. Pertama kali berjaya mendapat sambungan internet terasa lagi terujanya aku memikirkan komputer aku bersambung dengan seluruh dunia di ketika itu.
Sekarang…. Internet dah macam pekara biasa saja. Aku ada melanggani streamyx di rumah. Di tempat kerja memang internet digunakan sentiasa untuk berkomunikasi. Kalau tiada internet terasa macam susah.
Teknologi terus berkembang…. Dengan internet ini, dunia berubah dengan pantas. Anak aku yang umur 4 tahun dah mahir menggunakan mouse. Bandingkan aku pada tingkatan 4 dulu hanya kenal komputer dengan keyboard yang tak ada mouse..
Kalau difikirkan ada sedikit rasa ngeri. Kita mesti sentiasa menyesuaikan diri kita dengan teknologi sekeliling, Jika tidak kita akan jauh ketinggalan…
Cukup dulu untuk post pertama… Bersambung di lain cerita
Abdul Hamid
http://cyberbankinfo.blogspot.com
